Pink Paw Print

Thursday, May 17, 2012

.:!~wajah terindah~!:.

"Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak. Kepayahan dan pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesar anak-anaknya sekurang-kurangnya dalam tiga keadaan, pertama: ketika mengandung, kedua: Saat melahirkan dan ketiga: ketika kita masih kecil sehingga dewasa.Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya. Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini."
 petikan di atas diambil dari khutbah jumaat “WAJAH TERINDAH”(18 MEI 2012 / 26 JAMADILAKHIR 1433H)


nota untuk mama: mama, adakah mama sentiasa mengingati dya seperti mana dya sentiasa mengingati mama setiap mlm?.. walaupon x bersua.. tp hati dan minda dya sentiasa ingat pada mama.. kadang2 terfikir apa yg mama sedang lakukan.. sihatkah mama.. mama.. terima kasih kerana mendidik dya dr kecil hingga dewasa.. menjaga mkn minum dya.. dya sentiasa sayang dan rindukan mama..dya harap mama sentiasa bahagia~

No comments:

Post a Comment

conteng kat cini